Custom Search

Diamond Maker

Posted in , , | No Comments

Rambut: Anwar vs Samy

o

Posted in , | No Comments

Kacang Nenek

Sewaktu melawat rumah orang orang tua, Ah Pow duduk di sebelah seorang nenek. Sambil berbual, Ah Pow memakan kacang yang terdapat di dalam sebuah balang atas meja di sebelahnya. Setelah agak lamaberbual, Ah Pow sambil mengunyah kacang tersebut, bertanya kepada nenek berkenaan.

Ah Pow: Nenek tak nak makan kacang ni? Sedap nek ...

Nenek: Oh, nenek tak boleh makan, cu. Nenek cuma boleh makan coklatnya saja, kemudian kacangnya nenek masukkan ke dalam balang tu. Maklumla, gigi tak ada...

Posted in | No Comments

Wanita dan Lelaki Tua

Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?"

"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.
[lawak-jokes.blogspot.com]

"Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang?

"Dua puluh empat."

Posted in | No Comments

Matematik

Ayah: Apasal Matemetik kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?

Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Posted in | No Comments

Ada Untung Wooo...

Dalam siaran berita terkini disalah satu TV swasta, ada memuatkan berita rompakan di sebuah kedai elektronik di ibu kota. Kerugian dianggarkan berjumlah RM3 juta ringgit. Seorang pemberita dilihat sedang menemuramah pemilik kedai tersebut..

Pemberita: Berapakah kerugian yang Tokey alami kerana rompakan ini?

Tokey: Aiyaa gua lasa aaaa.. kila-kila.. 3 juta libeeh, tapi waa masih untung wooo...

Pemberita: Macammana pulak tokey boleh kata masih beruntung....?

Tokey: Gua masih beruntung aaa.. kilana itu keculian terjadi ini hali, bukan semalam aa..

Pemberita: "Habis tu apa bezanya semalam atau hari ini ..Tokey???

Tokey: Aiyaa kilana ini hari semua wa punya balang.. wa sudah kasi liskaun 50% semalam talak liskaun..

Posted in | No Comments

Anda Tahu Siapa Aku?

Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu.

“Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.”

“Hm, anda tau siapa aku?” “Tidak,” jawabnya.

“Aku pemilik kolam ini.”

“Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.

“Tidak.”

“Aku pembohong besar di kota ini.”

Posted in | No Comments