
Aku Adalah Jagung
Seorang lelaki sakit mental yang telah menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takutkan ayam. Apabila ternampak ayam dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan mengejar dan memakannya. Dia dimasukan ke rumah sakit jiwa. Berberapa bulan selepas itu, doktor pun melakukan itu bagi mengenalpasti sama ada dia telah pulih ataupun tidak.
Doktor: Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki: Ya doktor!
Doktor: Siapa kamu sebenarnya?
Lelaki: Saya ini manusia doktor
Doktor: Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki: Bukan, saya manusia doktor.
Doktor: Kamu takut dengan ayam?
Lelaki: Tidak doktor.
Doktor: Hmm.. bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki: Tapi doktor …
Doktor: Apa dia?
Lelaki: Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia?
Doktor: @#$%^&*!!!
Malaysian Jokes
Posted in Melayu |