
Aku Kan Abang
Suatu hari Kairul dan isterinya pulang dari kerja seperti biasa. Tapi ada sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari itu. Khairul tersekat di dalam kesesakan lalulintas yang teruk.
Khairul: Ish! Geram betullah. Jalan tidak pernah sesesak ini.
Isteri: Sabarlah bang, mungkin kerja-kerja pembaikan jalan sedang dijalankan, tak pun ada kemalangan ke
Khairul: Sabar! Sabar! Sabar! Itu jelah yang awak tau
Kenderaan dihadapan masih tidak bergerak. Malah orang ramai makin ramai berkumpul.
Khairul: Ini tak boleh jadi. Aku mesti buat sesuatu.
Khairul keluar dari keretanya dan berjalan menuju kea rah orang ramai dan bertanya apa yang berlaku.
Mat Rempit: Ada kemalangan bang.
Khairul: Tepi! Tepi! Aku abang dia! Tepiiii, akuuuuuu abaaaaaaaangg diaaaaaaaaaaa!
Orang ramai yang berkumpul mula bergerak memberi laluan sambil berpandangan sesame sendiri dengan penuh persoalan. Tetapi apabila Khairul menghampiri kawasan berkenaan alangkah terkejutnya Khairul matanya bulat bagai nak terkeluar apabila melihat keadaan adiknya yang kemalangan itu. Khairul meratap sambil menutup muka dengan tapak tangan.
Khairul: Oh! Malu semalu malunya aku kerana adikku seekor monyet!!!!!
Posted in Melayu |