
Takde Otak
Telah berbulan lamanya Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Pada suatu hari dia pun pergi berjumpa doktor
Doktor: Saya sebenarnya serba salah hendak memberitahu Pak Pandir ni, tapi Pak Pandir kena menerimanya dengan penuh sabar. Pak Pandir telah menghidapi penyakit barah otak.
Pak Pandir: Yaaaaaaaahhoooooooo!
Doktor: Erm, Pak Pandir fahamkah maksud saya ni? (kebingungan)
Pak Pandir: Tentulah saya faham, apa Tuan Doktor ingat saya ni bodoh sangat ke?
Doktor: Habis tu kenapa Pak Pandir gembira sangat?
Pak Pandir: Ye laaaaa, sebelum ni isteri saya, Mak Andeh selalu sangat marah memarahi saya. Dia kata saya ni ‘takde otak’. Dengan berita baik ini, ia membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.
Posted in Melayu |