
Tanam Ke Bawah
Rumahtangga Ludin dan Limah kini di ambang krisis, tidak kira siang atau malam mereka pasti bertengkar. Setiap pertengkaran mereka itu akan di dengari oleh jiran tetangga mereka
“ Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau!!!”, terdengar pekikan si Ludin
Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Ludin terhadap isterinya kerana mengetahui Ludin mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Selang beberapa minggu, Ludin meninggal dunia akibat langgar lari.
Walaupun benci, tapi sebagai isteri, Limah tetap menguruskan pengkebumian suaminya.
Seminggu selepas itu, seorang jiran yang rapat dengan Limah kehairanan. Limah langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
“Eh Limah, engkau tak takut ke dengan sumpahan suami kau dulu?” Tanya jirannya.
“Takut? Ape yang nak di takutkan dengan ugutannya. Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap bawah tanah!!!” jawap Limah dengan selambanya.
Posted in Melayu |